selamat datang to my blogspot :Ddh pnt jln 2 singah2 larh dlu yee........nice to see.. nice to follow..hehee~goodbye come again okeyy..see you ^^

Tuesday, 1 July 2014

DIARI RAMADHAN 2

Assalammualaikum…
Untuk diari ramadhan ni, ada beberapa perkongsian yang aq dah baca dan nak berkongsi dengan korang semua.. Perkongsian isi kandung yang terdapat didalam al-quran. 

Surah Al-Baqarah : Ayat 85

(Keterangan Ayat 85 : hal 18)

Ayat ini sebenarnya ditujukan kepada bani israil, tetapi untuk pengajaran kepada kita kaum muslimin. Barangsiapa yang percaya dan menuntut sebahagian kitab, tetapi meninggalkannya, maka dia mendapat kehinaan dan kesusahan di atas dunia, dan di akhirat akan dimasukkan ke dalam neraka. Ramai orang2 islam, kita lihat mereka mengerjakan solah, puasa, haji dan sebagainya, tetapi mereka mengambil hak orang atau hak negara, menganiaya, mencaci (mengumpat), irihati, takbur, mengadu domba, memutuskan silaturahim (bermusuh-musuhan) dan sebagainya.

Maka orang seperti ini, adalah beriman dan menurut sebahagian Al-quran, tetapi kafir (ingkar) kepada sebahagian yang lain. Oleh itu, balasan untuk mereka adalah kehinaan dan kesusahan di atas dunia, dan diseksa di akhirat. Dengan keterangan ini, kaum muslimin patut insaf, supaya mereka beriman dan menurut apa2 yang diperintahkan Allah s.w.t. dalam Al-quran semuanya, bukan dengan mengikut satu dua ayat sahaja.

p.s : Selamat Berpuasa dan Tingkatkan Ibadah Kita.. PEACE _V_

No comments:

Post a Comment

perlukn bantuan: