selamat datang to my blogspot :Ddh pnt jln 2 singah2 larh dlu yee........nice to see.. nice to follow..hehee~goodbye come again okeyy..see you ^^

Tuesday, 1 July 2014

DIARI RAMADHAN 3

Assalammualaikum…
Untuk diari ramadhan ni, ada beberapa perkongsian yang aq dah baca dan nak berkongsi dengan korang semua.. Perkongsian isi kandung yang terdapat didalam al-quran.

Surah Al-Baqarah : Ayat 121

(Keterangan ayat 121 : hal 25)

Orang2 yang membaca Kitab Suci dengan benar2 membacanya, nescaya mereka percaya kepadanya serta mengikut ajaran yang tersebut didalamnya. Orang2 islam sekarang, ramai yang membaca Al-quran, tetapi mereka tidak memerhatikan isinya dan tidak mengambil pelajaran daripadanya. Mereka membacanya untuk menjadi lagu dan menggembira hati, sedangkan isinya yang penting tidak mereka fahamkan.

Oleh sebab itulah, ramai orang islam yang tidak berubah budi pekertinya dan tidak takut membuat kejahatan, padahal dia kerap kali membaca Al-quran. Ini tidak lain, hanya kerana dia tidak mahu memerhatikan isinya. Orang2 arab dahulu, tiada yang menghaluskan budi pekerti mereka, selain daripada petunjuk Al-quran. Apa sebabnya petunjuk Al-quran tidak mujarab untuk membaiki budi pekerti kita? Ini tidak lain, hanya kerana kita membaca Al-quran, tanpa mengerti maksudnya.

p.s : mari kita dalami isi Al-quran...Sekian :) Selamat Berpuasa dan Tingkatkan Ibadah Kita.. PEACE _V_

DIARI RAMADHAN 2

Assalammualaikum…
Untuk diari ramadhan ni, ada beberapa perkongsian yang aq dah baca dan nak berkongsi dengan korang semua.. Perkongsian isi kandung yang terdapat didalam al-quran. 

Surah Al-Baqarah : Ayat 85

(Keterangan Ayat 85 : hal 18)

Ayat ini sebenarnya ditujukan kepada bani israil, tetapi untuk pengajaran kepada kita kaum muslimin. Barangsiapa yang percaya dan menuntut sebahagian kitab, tetapi meninggalkannya, maka dia mendapat kehinaan dan kesusahan di atas dunia, dan di akhirat akan dimasukkan ke dalam neraka. Ramai orang2 islam, kita lihat mereka mengerjakan solah, puasa, haji dan sebagainya, tetapi mereka mengambil hak orang atau hak negara, menganiaya, mencaci (mengumpat), irihati, takbur, mengadu domba, memutuskan silaturahim (bermusuh-musuhan) dan sebagainya.

Maka orang seperti ini, adalah beriman dan menurut sebahagian Al-quran, tetapi kafir (ingkar) kepada sebahagian yang lain. Oleh itu, balasan untuk mereka adalah kehinaan dan kesusahan di atas dunia, dan diseksa di akhirat. Dengan keterangan ini, kaum muslimin patut insaf, supaya mereka beriman dan menurut apa2 yang diperintahkan Allah s.w.t. dalam Al-quran semuanya, bukan dengan mengikut satu dua ayat sahaja.

p.s : Selamat Berpuasa dan Tingkatkan Ibadah Kita.. PEACE _V_