selamat datang to my blogspot :Ddh pnt jln 2 singah2 larh dlu yee........nice to see.. nice to follow..hehee~goodbye come again okeyy..see you ^^

Monday, 30 June 2014

DIARI RAMADHAN 1

Assalammualaikum…
Untuk diari ramadhan ni, ada beberapa perkongsian yang aq dah baca dan nak berkongsi dengan korang semua.. Perkongsian isi kandung yang terdapat didalam al-quran.


Surah Al-Baqarah : Ayat 44

(Keterangan ayat 44 : hal 10)


Ayat ini di hadapkan kepada bani israil untuk petunjuk kepada guru-guru agama, mubaligh, dan pemimpin-pemimpin umumnya iaitu tidak layak kita menyuruh orang berbuat kebaikan, tetapi kita lupa diri kita sendiri. Kita menyuruh orang beramal saleh, tetapi kita berbuat maksiat. Kita menyuruh orang berlaku jujur dan berperangai baik, tetapi kita curang dan berperangai jahat. Kita menyuruh orang berkorban, tetapi kita tidak mahu berkorban. Orang2 seperti ini dikecam oleh Allah s.w.t. dengan firmanNya. Apakah kamu tidak berakal? Seolah-olah orang yang berbuat demikian tidak berakal. Orang yang berakal, dia sendiri terlebih dahulu melakukan pekerjaan yang baik. Kemudian menyuruh orang lain membuatnya. Dengan demikian dia menjadi contoh tauladan bagi orang lain. Demikianlah Nabi Muhammad s.a.w. menyiarkan petunjuk Al-quran kepada umatnya. Denggan demikian, Nabi s.a.w. menjadi imam dan ikutan bagi umatnya.

p.s: cermin diri sendiri dulu, sebelum memberitahu/mengata kepada orang lain..Sekian :) Selamat Berpuasa dan Tingkatkan Ibadah Kita.. PEACE _V_