selamat datang to my blogspot :Ddh pnt jln 2 singah2 larh dlu yee........nice to see.. nice to follow..hehee~goodbye come again okeyy..see you ^^

Friday, 11 April 2014

KELAB HURU-HARA 17

Assalammualaikum..

Lama dah aq tak update, untuk KHH ini aq nak cerita pengalaman pengajian aq kat univeristi ini.. Jangan ambil cerita aq ini serius sangat,,chill and relax la.. Dulu, pernah seorang guru beritahu kat aq, “seindah mana pengalaman kamu kat sekolah ni, ia tetap tak sama pengalaman yang akan kamu dapat bila kat universiti”.. Tapi pada masa itu aq hanya anggap kata-2 itu sebagai kata-2 semangat je.. Sekarang, aq dh rasa pengalaman yang diberitahukan itu..

Tiga tahun telah berlalu..
Tamat sudah pengajian aq untuk mendapat segulung penghargaan(Diploma).. Terasa cepat masa berlalu meninggalkan kawan-2 yang banyak membantu dalam aq menjalani pengajian ini. Untuk permulaan pengajian, memang aq terasa sangat berat.. Kadang-kadang pernah juga datang rasa putus asa untuk sambung pengajian..Masih aq ingat lagi waktu pertama aq datang kat universiti (UiTM)ini. Aq hanya mampu termenung di tingkap (memikirkan keupayaan diri ) hinggakan seorang mak cik memikirkan aq nk bunuh diri.. Apa tak-nya kalau dh aq termenung macam nk keluar tingkap dah waktu itu..  Tapi aq cuba kuatkan semangat lepas  melihatkan semangat kawan-2 yang bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu..

Masih juga aq ingat orang pertama yang aku kenal di universiti, dia merupakan pelajar yang sangat tabah dalam mencapai kehendak diri dia.. Dia juga merupakan roommate aq pada semesta pertama..
Agak kekok untuk aq bersama dengan orang-2 yang aq tak kenal ini.. Tapi lepas beberapa hari aq terus cuba dan cuba untuk sesuaikan diri aq dengan keadaan kat situ.. Orang tua-2 ad cakap,kalau tak kenal maka tak cinta.. Kalau dh kenal boleh bercinta ke? Eh..hahaha.. Tak pernah untuk aq menyesal mengenali mereka, dengan keunikan kerenah masing-2 memang aq rasa seronok.. Kalau tak “stone” je la otak aq ini layan orang yang perangai sama je.. Hari ni berkawan dengan orang yang gembira, esok mungkin aq berkawan dengan orang yang sedih, lusa pula aq berkawan dengan orang yang lawak.. Macam-2 emosi yang ada hehehe…

Aq akan habiskan sisa-2 waktu aq kat univeristi ini untuk berkongsi cerita dengan korang.. Satu kata yang aq terus pegang hingga aq berada kat tahap sekarang ini.. “Seberat manapun kesusahan kita dalam kehidupan ini, ingatlah masih ramai lagi orang yang susah dari kita”.. Tiada ujian yang diberi yang menyusahkan dan menjatuhkan kita melainkan memperkuatkan lagi diri kita.. Kita tidak selalunya diberikan apa yang kita inginkan, tapi kita selalu diberikan apa yang kita perlukan..

Kadang-2 kita tak dapat keputusan yang kita harapkan tapi ingatlah tiada pensyarah, guru mahupun tenaga pengajar yang inginkan anak didiknya gagal.. Kegagalan kita hari ini tidak bermakna kita akan gagal selamanya,,bangkit menentang kegagalan adalah kemenangan yang besar untuk kita..

Terasa berat hati ini, berat untuk melangkah meninggalkan mereka yang telah bersama dengan aq selama pengajian ini.. Pengalaman yang tidak mungkin aq dapat kat tempat lain,,aq sangat-2 menghargainya.. Masih juga aq ingat waktu kita menjalankan program bersama dan pernah aq ceritakan kat KHH sebelum ni.. Program yang kita jalankan bersama murid-2 sekolah rendah(Sekolah Kebangsaan Kongkong Laut).. Mungkin kerana aq suka bersama kanak-2 buatkan aq bersemangat untuk menjalankan tugas aq kat sana.. Semoga adik-2 ini berjaya sepertimana mereka impikan.. “Kenapa abang dan kak semua tak duduk(tinggal) sini je mesti best”,masih segar lagi dalam ingatan aq kata-2 adik itu..

Kehadiran aq kat universiti ini bukan hanya untuk aq menuntut ilmu tapi juga mengenali peribadi orang-2 yang hebat dan bersungguh untuk berjaya.. Semoga korang berjaya menuntut ilmu hingga ke menara gading.. Aq tak pernah melupakan jasa dan ilmu yang korang dah berikan kat aq.. Pensyarah yang tidak pernah jemu untuk mendidik anak bangsa.. Teruskan beri didikan kerana kejayaan mereka dimasa hadapan juga kerana adanya pensyarah dan tenaga pengajar yang berjaya..


p.s: mungkin blogwalking kt sini ada kawan-2 aq.. Aq ucapkan terima kasih dan memohon maaf atas kesalahan yang telah aq lakukan.. Tak lupakan gak untuk pensyarah, keluarga dan semua yang terlibat, terima kasih banyak-2.. Jangan korang lupakan insan yang tidak seberapa ini.. TAMAT

maaf kalau ada individu yg xde dalam video ni.. ambil dr sumber yg aq ada je..


Sunday, 6 April 2014


Title: My Sassy Girl
p.s: i'm not kpoppers, i'm movie loverssss...
credited: ECHiZEN