selamat datang to my blogspot :Ddh pnt jln 2 singah2 larh dlu yee........nice to see.. nice to follow..hehee~goodbye come again okeyy..see you ^^

Saturday, 5 March 2016

KELAB HURU-HARA 18

Fuhhhh~ maklum la berhabuk blog ni tak ada update lama dah.. Jumpa lagi dalam KHH18..
Assalammualaikum w.b.t pada korang yg blogwalking kat sini..

Baru-baru ni budak SPM tempat kerja aq ambil keputusan diorang, banyak la yg dapat keputusan yg cemerlang dan aq pn tumpang gembira jugak.. Tapi ada jugak yg tak dapat keputusan yg tak berapa baik dan nangis-nangis ceritakan keputusan @ masa depan diorang kelak.. Nasihat aq pada diorang mudah je, klau keputusan tak baik sekalipun ruang untuk kita belajar tu masih ada, jadi jangan la susah hati dengan keputusan SPM korang tu.. Selagi kita ada semangat untuk sambung belajar, Allah akan bukakan jalan untuk kita..

Walaupun aq bekerja tapi aq pn sentiasa belajar, kerana pelajaran bukan boleh diperolehi hanya di sekolah @ universiti sahaja.. Pelajaran tu dilakukan sepanjang hayat, selagi kita masih hidup kita akan terus belajar..

Buat masa ni aq bekerja dan belajar untuk menguruskan sesebuah franchise, bole aq gunakan dalam perniagaaan yg aq dah plan dengan teliti tu nanti.. Kata pepatah "sambil menyelam minum air"(bukan kentut dalam air yee khikhikhi), jadinya sambil aku bekerja aq dapat ilmu pengurusan sesebuah franchise.. Sebab tu aq cakap ilmu tu bole di peroleh kat mana-mana sahaja, asalkan korang ada semangat untuk belajar.. Masa depan kita bukan terletak pada keputusan peperiksaan kita semata-mata, jangan la korang patah semangat untuk terus belajar..

p.s : tetap semangat adik-adikku.. capai la impian korang yang korang simpan sejak dari kecik tu..


Tuesday, 1 July 2014

DIARI RAMADHAN 3

Assalammualaikum…
Untuk diari ramadhan ni, ada beberapa perkongsian yang aq dah baca dan nak berkongsi dengan korang semua.. Perkongsian isi kandung yang terdapat didalam al-quran.

Surah Al-Baqarah : Ayat 121

(Keterangan ayat 121 : hal 25)

Orang2 yang membaca Kitab Suci dengan benar2 membacanya, nescaya mereka percaya kepadanya serta mengikut ajaran yang tersebut didalamnya. Orang2 islam sekarang, ramai yang membaca Al-quran, tetapi mereka tidak memerhatikan isinya dan tidak mengambil pelajaran daripadanya. Mereka membacanya untuk menjadi lagu dan menggembira hati, sedangkan isinya yang penting tidak mereka fahamkan.

Oleh sebab itulah, ramai orang islam yang tidak berubah budi pekertinya dan tidak takut membuat kejahatan, padahal dia kerap kali membaca Al-quran. Ini tidak lain, hanya kerana dia tidak mahu memerhatikan isinya. Orang2 arab dahulu, tiada yang menghaluskan budi pekerti mereka, selain daripada petunjuk Al-quran. Apa sebabnya petunjuk Al-quran tidak mujarab untuk membaiki budi pekerti kita? Ini tidak lain, hanya kerana kita membaca Al-quran, tanpa mengerti maksudnya.

p.s : mari kita dalami isi Al-quran...Sekian :) Selamat Berpuasa dan Tingkatkan Ibadah Kita.. PEACE _V_

DIARI RAMADHAN 2

Assalammualaikum…
Untuk diari ramadhan ni, ada beberapa perkongsian yang aq dah baca dan nak berkongsi dengan korang semua.. Perkongsian isi kandung yang terdapat didalam al-quran. 

Surah Al-Baqarah : Ayat 85

(Keterangan Ayat 85 : hal 18)

Ayat ini sebenarnya ditujukan kepada bani israil, tetapi untuk pengajaran kepada kita kaum muslimin. Barangsiapa yang percaya dan menuntut sebahagian kitab, tetapi meninggalkannya, maka dia mendapat kehinaan dan kesusahan di atas dunia, dan di akhirat akan dimasukkan ke dalam neraka. Ramai orang2 islam, kita lihat mereka mengerjakan solah, puasa, haji dan sebagainya, tetapi mereka mengambil hak orang atau hak negara, menganiaya, mencaci (mengumpat), irihati, takbur, mengadu domba, memutuskan silaturahim (bermusuh-musuhan) dan sebagainya.

Maka orang seperti ini, adalah beriman dan menurut sebahagian Al-quran, tetapi kafir (ingkar) kepada sebahagian yang lain. Oleh itu, balasan untuk mereka adalah kehinaan dan kesusahan di atas dunia, dan diseksa di akhirat. Dengan keterangan ini, kaum muslimin patut insaf, supaya mereka beriman dan menurut apa2 yang diperintahkan Allah s.w.t. dalam Al-quran semuanya, bukan dengan mengikut satu dua ayat sahaja.

p.s : Selamat Berpuasa dan Tingkatkan Ibadah Kita.. PEACE _V_

Monday, 30 June 2014

DIARI RAMADHAN 1

Assalammualaikum…
Untuk diari ramadhan ni, ada beberapa perkongsian yang aq dah baca dan nak berkongsi dengan korang semua.. Perkongsian isi kandung yang terdapat didalam al-quran.


Surah Al-Baqarah : Ayat 44

(Keterangan ayat 44 : hal 10)


Ayat ini di hadapkan kepada bani israil untuk petunjuk kepada guru-guru agama, mubaligh, dan pemimpin-pemimpin umumnya iaitu tidak layak kita menyuruh orang berbuat kebaikan, tetapi kita lupa diri kita sendiri. Kita menyuruh orang beramal saleh, tetapi kita berbuat maksiat. Kita menyuruh orang berlaku jujur dan berperangai baik, tetapi kita curang dan berperangai jahat. Kita menyuruh orang berkorban, tetapi kita tidak mahu berkorban. Orang2 seperti ini dikecam oleh Allah s.w.t. dengan firmanNya. Apakah kamu tidak berakal? Seolah-olah orang yang berbuat demikian tidak berakal. Orang yang berakal, dia sendiri terlebih dahulu melakukan pekerjaan yang baik. Kemudian menyuruh orang lain membuatnya. Dengan demikian dia menjadi contoh tauladan bagi orang lain. Demikianlah Nabi Muhammad s.a.w. menyiarkan petunjuk Al-quran kepada umatnya. Denggan demikian, Nabi s.a.w. menjadi imam dan ikutan bagi umatnya.

p.s: cermin diri sendiri dulu, sebelum memberitahu/mengata kepada orang lain..Sekian :) Selamat Berpuasa dan Tingkatkan Ibadah Kita.. PEACE _V_

Friday, 11 April 2014

KELAB HURU-HARA 17

Assalammualaikum..

Lama dah aq tak update, untuk KHH ini aq nak cerita pengalaman pengajian aq kat univeristi ini.. Jangan ambil cerita aq ini serius sangat,,chill and relax la.. Dulu, pernah seorang guru beritahu kat aq, “seindah mana pengalaman kamu kat sekolah ni, ia tetap tak sama pengalaman yang akan kamu dapat bila kat universiti”.. Tapi pada masa itu aq hanya anggap kata-2 itu sebagai kata-2 semangat je.. Sekarang, aq dh rasa pengalaman yang diberitahukan itu..

Tiga tahun telah berlalu..
Tamat sudah pengajian aq untuk mendapat segulung penghargaan(Diploma).. Terasa cepat masa berlalu meninggalkan kawan-2 yang banyak membantu dalam aq menjalani pengajian ini. Untuk permulaan pengajian, memang aq terasa sangat berat.. Kadang-kadang pernah juga datang rasa putus asa untuk sambung pengajian..Masih aq ingat lagi waktu pertama aq datang kat universiti (UiTM)ini. Aq hanya mampu termenung di tingkap (memikirkan keupayaan diri ) hinggakan seorang mak cik memikirkan aq nk bunuh diri.. Apa tak-nya kalau dh aq termenung macam nk keluar tingkap dah waktu itu..  Tapi aq cuba kuatkan semangat lepas  melihatkan semangat kawan-2 yang bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu..

Masih juga aq ingat orang pertama yang aku kenal di universiti, dia merupakan pelajar yang sangat tabah dalam mencapai kehendak diri dia.. Dia juga merupakan roommate aq pada semesta pertama..
Agak kekok untuk aq bersama dengan orang-2 yang aq tak kenal ini.. Tapi lepas beberapa hari aq terus cuba dan cuba untuk sesuaikan diri aq dengan keadaan kat situ.. Orang tua-2 ad cakap,kalau tak kenal maka tak cinta.. Kalau dh kenal boleh bercinta ke? Eh..hahaha.. Tak pernah untuk aq menyesal mengenali mereka, dengan keunikan kerenah masing-2 memang aq rasa seronok.. Kalau tak “stone” je la otak aq ini layan orang yang perangai sama je.. Hari ni berkawan dengan orang yang gembira, esok mungkin aq berkawan dengan orang yang sedih, lusa pula aq berkawan dengan orang yang lawak.. Macam-2 emosi yang ada hehehe…

Aq akan habiskan sisa-2 waktu aq kat univeristi ini untuk berkongsi cerita dengan korang.. Satu kata yang aq terus pegang hingga aq berada kat tahap sekarang ini.. “Seberat manapun kesusahan kita dalam kehidupan ini, ingatlah masih ramai lagi orang yang susah dari kita”.. Tiada ujian yang diberi yang menyusahkan dan menjatuhkan kita melainkan memperkuatkan lagi diri kita.. Kita tidak selalunya diberikan apa yang kita inginkan, tapi kita selalu diberikan apa yang kita perlukan..

Kadang-2 kita tak dapat keputusan yang kita harapkan tapi ingatlah tiada pensyarah, guru mahupun tenaga pengajar yang inginkan anak didiknya gagal.. Kegagalan kita hari ini tidak bermakna kita akan gagal selamanya,,bangkit menentang kegagalan adalah kemenangan yang besar untuk kita..

Terasa berat hati ini, berat untuk melangkah meninggalkan mereka yang telah bersama dengan aq selama pengajian ini.. Pengalaman yang tidak mungkin aq dapat kat tempat lain,,aq sangat-2 menghargainya.. Masih juga aq ingat waktu kita menjalankan program bersama dan pernah aq ceritakan kat KHH sebelum ni.. Program yang kita jalankan bersama murid-2 sekolah rendah(Sekolah Kebangsaan Kongkong Laut).. Mungkin kerana aq suka bersama kanak-2 buatkan aq bersemangat untuk menjalankan tugas aq kat sana.. Semoga adik-2 ini berjaya sepertimana mereka impikan.. “Kenapa abang dan kak semua tak duduk(tinggal) sini je mesti best”,masih segar lagi dalam ingatan aq kata-2 adik itu..

Kehadiran aq kat universiti ini bukan hanya untuk aq menuntut ilmu tapi juga mengenali peribadi orang-2 yang hebat dan bersungguh untuk berjaya.. Semoga korang berjaya menuntut ilmu hingga ke menara gading.. Aq tak pernah melupakan jasa dan ilmu yang korang dah berikan kat aq.. Pensyarah yang tidak pernah jemu untuk mendidik anak bangsa.. Teruskan beri didikan kerana kejayaan mereka dimasa hadapan juga kerana adanya pensyarah dan tenaga pengajar yang berjaya..


p.s: mungkin blogwalking kt sini ada kawan-2 aq.. Aq ucapkan terima kasih dan memohon maaf atas kesalahan yang telah aq lakukan.. Tak lupakan gak untuk pensyarah, keluarga dan semua yang terlibat, terima kasih banyak-2.. Jangan korang lupakan insan yang tidak seberapa ini.. TAMAT

maaf kalau ada individu yg xde dalam video ni.. ambil dr sumber yg aq ada je..